Wednesday, December 22, 2010

DETAIL,EXPLODED AND ASSEMBLY DRAWING


ASSEMBLY 

EXPLODED

EXPLODED DRAWING

ASSEMBLY DRAWING

DETAIL PART DRAWING

BODY DETAIL DRAWING

MATA ALAT

GUIDE DETAIL

PENEKAN DETAIL

LACI DETAIL

COUPLING AND HANDLE

PENGENALAN



Secara umumnya dalam sebuah rekabentuk atau penghasilan produk baru bergantung kepada permintaan penggunaan atau permintaan industri yang mahukan sesuatu produk yang dapat menyelesaikan  masalah dalam kehidupan seharian dan memperoleh keselesaan daripada produk yang sedia ada. Ini disebabkan kerana perubahan teknologi yang semakin berkembang pesat dari masa ke semasa bagi menepati selera dan citarasa pengguna.

Atas dasar ini kami mendapat idea untuk menghasilkan “Mesin Mericih Ubi Kayu”.Ianya direka untuk menjimatkan masa serta meningkatkan kuantiti ubi yang diricih pada satu masa terutama dalam industri kampung. Mengikut kajian dan penelitian kami,  pada masa kini mesin ini sudah direka dan di pasarkan tetapi mesin yang sedia ada tidak sesuai untuk industri kampung kerana kos untuk membeli mesin ini sangat mahal.


Lagipun mesin yang sedia ada tidak mendapat kuantiti yang memuaskan dalam satu masa tertentu.

Setelah membuat perbincangan dan kajian, maka kami membuat keputusan untuk mereka mesin yang lebih baik dan dapat mengurangkan kos dari yang sedia ada. Mesin yang kami reka ini boleh mericih ubi kayu dengan cepat berbanding kaedah manual. Kami menggunakan konsep ragum yang boleh laras mengikut kuantiti ubi yang telah dihadkan untuk mencengkam ubi kayu dimana hasil kajian kami ubi kayu mempnyai pelbagai saiz. Dengan menggunakan konsep ini,maka tidak ada sebarang permasalahan untuk mencengkam pelbagai saiz ubi kayu.
Selain itu juga, mesin ini boleh digunakan secara meluas, tetapi mesin ini biasanya digunakan untuk kegunaan didalam industri makanan yang beroperasi secara kecil-kecilan iaitu penggusaha kerepek ubi.